04 Ogos 2012

Agrounite.Com - Cara bagaimana menjadi usahawan pertanian moden, laman pertanian anda


Ingin memulakan projek pertanian tetapi tidak mempunyai kepakaran dalam pengurusan produk?
Kini anda boleh meningkatkan hasil pengeluaran tanaman disamping mengurangkan kos dengan menggunakan Vermikompos yang terbukti terhebat & terlaris di pasaran!



Dengan adanya Vermikompos, anda akan dapat mengurangkan kos pengurusan, meningkatkan kesuburan tanah, menghasikan pengeluaran berkualiti dan meningkatkan hasil yang lebih jika anda tahu mengamalkan pengurusan yang betul dengan hanya mengikuti langkah mudah.


Apa itu Vermikompos
Vermikompos adalah sejenis baja kompos yang terbentuk hasil dari proses melalui permeliharaan cacing di dalam kompos. Vermikompos mengandungi najis cacing yang telah bercampur dengan bahan-bahan organik yang melalui proses pemereputan  seperti jerami padi, rumput dan sisa-sisa bahan tanaman. Vermikompos  mengandungi pelbagai unsur nutreint yang tinggi dan amat sesuai untuk pelbagai jenis tanaman.Vermikompos juga mengandungi mikroorganisma yang dapat membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.



7 Kelebihan Menggunakan Vermikompos AgroUnite
#1. Memperbaiki struktur tanah yang rosak.
#2. Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahan seperti mikroorganisma, hormon dan enzim.
#3. Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman.
#4. Mengandungi humus yang amat berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah.
#5. Dapat meminimumkan  penggunaan baja kimia.
#6. Meningkatkan kesuburan tanah dimana kandungan NPK yang tinggi
#7. Meningkatkan hasil tanaman yang lebih berkualiti.


Apa bahan yang menghasilkan Vermikompos
  • Jerami padi, daun-daun pokok atau sisa bahan pertanian yang reput atau separa reput
  • Najis haiwan seperti tija najis kambing, lembu atau ayam
  • Cacing harimau (Eisemia foetida)



7 Cara Vermikompos yang kami hasilkan
#1.Penyedian tapak kompos bagi menghasikan vermikompos dilindungi  daripada hujan dan panas.
#2.Memasukkan 3:1jerami padi dan najis haiwan ke dalam kompos untuk digaulkan.
#3.Memasukkan cacing  harimau ke dalam campuran jerami padi ditutupi dengan guni atau jerami.
#4.Melakukan penyiraman supaya campuran sentiasa berada di dalam keadaan lembab.
#5.Membuat pemantauan dan pengurusan berkala bagi memastikan cacing berada dalam keadaan selamat dari ganguan musuh-musuh seperti semut, tikus dan sebagainya. Ini supaya Vermikompos yang kami hasilkan berkualiti tinggui.
#6.Vermikompos di biarkan selama tempoh beberapa minggu untuk memastikan penghasilannya  adalah yang terbaik.
#7.Vermikompos yang kami hasilkan diasingkan dengan mengumpulkannya di satu bahagian dan bahan sisa tanaman baru ditempatkan di sebelahnya supaya cacing-cacing tersebut akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru tadi. Vermikompos yang telah diasingkan melalui tapisan terlebih dahulu untuk dibungkus dan dipasarkan.


Pengilangan & Perlebelan







Vermikompos ini dikilangkan oleh  MADA F-IV dan disokong oleh JAS.



Anda Inginkan Menggunakan Vermikompos?


lakukan tempahan disini cuma RM15 untuk 2kg/Bag dengan menggunakan bayaran bank-in, cek atau wang pos