Apa
itu Vermikompos
Vermikompos
adalah sejenis baja kompos yang terbentuk hasil dari proses melalui
permeliharaan cacing di dalam kompos. Vermikompos mengandungi najis
cacing yang telah bercampur dengan bahan-bahan organik yang melalui
proses pemereputan seperti jerami padi, rumput dan sisa-sisa
bahan tanaman. Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutreint
yang tinggi dan amat sesuai untuk pelbagai jenis tanaman.Vermikompos
juga mengandungi mikroorganisma yang dapat membantu menguraikan
sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.
7
Kelebihan Menggunakan Vermikompos AgroUnite
#1.
Memperbaiki struktur tanah yang rosak.
#2.
Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahan seperti
mikroorganisma, hormon dan enzim.
#3.
Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman.
#4.
Mengandungi humus yang amat berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah.
#5.
Dapat meminimumkan penggunaan baja kimia.
#6.
Meningkatkan kesuburan tanah dimana kandungan NPK yang tinggi
#7.
Meningkatkan hasil tanaman yang lebih berkualiti.
Apa
bahan yang menghasilkan Vermikompos
- Jerami padi, daun-daun pokok atau sisa
bahan pertanian yang reput atau separa reput
- Najis haiwan seperti tija najis kambing,
lembu atau ayam
- Cacing harimau (Eisemia foetida)
7
Cara Vermikompos yang kami hasilkan
#1.Penyedian
tapak kompos bagi menghasikan vermikompos dilindungi daripada
hujan dan panas.
#2.Memasukkan
3:1jerami padi dan najis haiwan ke dalam kompos untuk digaulkan.
#3.Memasukkan
cacing harimau ke dalam campuran jerami padi ditutupi dengan guni
atau jerami.
#4.Melakukan
penyiraman supaya campuran sentiasa berada di dalam keadaan lembab.
#5.Membuat
pemantauan dan pengurusan berkala bagi memastikan cacing berada dalam
keadaan selamat dari ganguan musuh-musuh seperti semut, tikus dan
sebagainya. Ini supaya Vermikompos yang kami hasilkan berkualiti
tinggui.
#6.Vermikompos
di biarkan selama tempoh beberapa minggu untuk memastikan
penghasilannya adalah yang terbaik.
#7.Vermikompos
yang kami hasilkan diasingkan dengan mengumpulkannya di satu bahagian
dan bahan sisa tanaman baru ditempatkan di sebelahnya supaya
cacing-cacing tersebut akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa
tanaman baru tadi. Vermikompos yang telah diasingkan melalui tapisan
terlebih dahulu untuk dibungkus dan dipasarkan.
Pengilangan & Perlebelan
Vermikompos
ini dikilangkan oleh MADA F-IV dan disokong oleh JAS.
Anda Inginkan Menggunakan Vermikompos?
lakukan tempahan disini cuma RM15 untuk
2kg/Bag dengan menggunakan bayaran bank-in, cek atau wang pos
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan